Tuesday, November 8, 2011

DSLR - Apakah itu shutter

Gambar yang terhasil daripada sesebuah kamera adalah kesan pantulan cahaya daripada sesuatu subjek. Setiap kamera mempunyai jantung yang dipanggil ‘sensor’ bertindak sebagai medium yang menyatukan cahaya kemudian menukarkannya ke dalam bentuk data yang disimpan didalam memori. Dan 'shutter' pula berada dihadapan sensor. Berikut adalah fakta umum mengenai 'shutter'


  • 'Shutter' berbentuk dua tetingkap gelongsor yang boleh dibuka tutup untuk megawal jumlah cahaya yang akan sampai ke sensor.
  • Sebaik sahaja ‘shutter release’ atau pemetik gambar ditekan, tetingkap shutter akan terbuka dan sensor akan terdedah kepada cahaya.
  • Tempoh pembukaan tetingkap dipanggil ‘exposure’ dan ‘exposure ‘ini boleh dikawal.
Untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai operasi shutter, sila rujuk gambar rajah 1.6.1 dibawah yang diambil dari www.digital-photography-school.com


Bilakah ‘long exposure’ diperlukan?

  • Untuk menghasilkan light trail,blur dan mottion effect
  • Pencahayaan yang kurang memerlukan long exposure untuk membantu menstabilkan pencahayaan pada image sbgai contoh image yang diambil pd waktu senja memerlukan 'long exposure' atau dedahan lebih kerana kurangnya pencahayaan pada waktu tersebut
Bilakah 'short exposure' diperlukan?
  • 'Short exposure' diperlukan untuk menghasilkan ‘freeze the motion effect’
  • jika lokasi pengambaran pada cuaca yang panas atau cerah, 'short exposure' diperlukan bagi mengelakkan 'overexpose' atau dedahan lebih pada 'image' yg akan dihasilkan

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More