Teknologi dan Kemajuan

Teknologi terkini memberi jalan setiap manusia ke arah yang lebih baik

Pembangunan aplikasi dan yang berkait

Kretiviti dan keselesaan sesuatu laman sesawang memberi kepuasan kepada pengguna,pereka dan pembangun aplikasi sesawang.

Pencetus semangat dan azam

Semua bentuk motivasi mempunyai objektiv yang sama, menjadikan kehidupan lebih baik dan bermakna.

Penghasilan gambar

kepuasan dalam menghasilkan gambar sangat subjektiv kerana keunikan manusia

Friday, November 11, 2011

Angan Microsoft pada 2019


Pernahkah anda terlintas , apakah kita dimasa hadapan, bagaimana sektor-sektor seperti kemudahan hospital, peroses pendidikan serta aktiviti jual beli beroperasi. Dengan kemajuan teknologi screen sentuh pada masa kini memberi banyak spekulasi dan amiginasi mengenai gaya hidup.Microsoft bukan lah satu nama yang asing didalam persada teknologi dan mereka juga tidak terlepas memberi gambaran gaya hidup manusia pada masa hadapan.



Tuesday, November 8, 2011

DSLR - Apakah itu shutter

Gambar yang terhasil daripada sesebuah kamera adalah kesan pantulan cahaya daripada sesuatu subjek. Setiap kamera mempunyai jantung yang dipanggil ‘sensor’ bertindak sebagai medium yang menyatukan cahaya kemudian menukarkannya ke dalam bentuk data yang disimpan didalam memori. Dan 'shutter' pula berada dihadapan sensor. Berikut adalah fakta umum mengenai 'shutter'


  • 'Shutter' berbentuk dua tetingkap gelongsor yang boleh dibuka tutup untuk megawal jumlah cahaya yang akan sampai ke sensor.
  • Sebaik sahaja ‘shutter release’ atau pemetik gambar ditekan, tetingkap shutter akan terbuka dan sensor akan terdedah kepada cahaya.
  • Tempoh pembukaan tetingkap dipanggil ‘exposure’ dan ‘exposure ‘ini boleh dikawal.
Untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai operasi shutter, sila rujuk gambar rajah 1.6.1 dibawah yang diambil dari www.digital-photography-school.com


Bilakah ‘long exposure’ diperlukan?

  • Untuk menghasilkan light trail,blur dan mottion effect
  • Pencahayaan yang kurang memerlukan long exposure untuk membantu menstabilkan pencahayaan pada image sbgai contoh image yang diambil pd waktu senja memerlukan 'long exposure' atau dedahan lebih kerana kurangnya pencahayaan pada waktu tersebut
Bilakah 'short exposure' diperlukan?
  • 'Short exposure' diperlukan untuk menghasilkan ‘freeze the motion effect’
  • jika lokasi pengambaran pada cuaca yang panas atau cerah, 'short exposure' diperlukan bagi mengelakkan 'overexpose' atau dedahan lebih pada 'image' yg akan dihasilkan

Friday, November 4, 2011

iPhone 5 konsep dan ulasan


Berita mengenai iPhone5 bukan la asing bagi kita. Semua sedia maklum tentang kejayaan produk Apple sebelum ini di dalam arena teknologi yang menampilkan gaya 'simple' dan 'professional'.

Namun begitu, banyak spekulasi dan kabar angin mengenai ciri-ciri terbaru iPhone5 . Ianya dijangka ke pasaran pada sekitar 2012 dengan pelbagai ciri baru yang mungkin menjadi batu ukuran untuk pesaing-pesaingnya.

Mempunyai screen yang lebih besar, bentuk badan yang lebih 'slim' dan 'home button' yang lebih luas menghasilkan rekaan yang lebih futuristik dari iPhone sebelum ini. iPhone5 juga dijangka mempunyai processor dual core yang menggandakan 7 kali kuasa 'performance' bagi melancarkan segala operasi yang berkaitan. Dan yang paling menarik, ianya dikatakan dapat menghasilkan laser keyboard, image dan video hollow gram yg boleh dilaraskan saiznya. Adakah iPhone5 seperti yang kita jangkakan? hanya masa yang akan menentukan.


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More